
Pembekal dan pengedar taufufah dan air soya
Fani Soy adalah produk yang dikeluarkan oleh FN Maju Enterprise. Produk dari Labis, Johor ini telah beroperasi sedekad lamanya dan sedang di dalam proses melebarkan sayapnya daripada hanya di selatan tanah air hinggalah ke seluruh Malaysia. Pemiliknya, Puan Noraini Binti Ismail mempunyai misi perniagaan yang murni dengan ingin menggembirakan orang lain dengan hasil produknya.
Selain daripada ianya adalah 100% produk bumiputera Muslim, produk Fani Soy mendapat pengiktirafan BeSS (Bersih, Selamat dan Sihat) daripada KKM. Secara dasarnya, pengiktirafan BeSS diberikan kepada pemilik premis makanan yang mematuhi kriteria yang ditetapkan tertentu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kenikmatan yang berganda dengan setiap suapan
Perasmian Premis & Trak Makanan
27 Mac 2021 - YB PM, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah merasmikan premis dan trak makanan Fani Soy, milik FN Maju Enterprise. sebuah syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bumiputera Usahawan FELCRA Bukit Kepong.
Usahawan PeDAS Air Soya Sedap Pagoh
Usahawan Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).